Wednesday, July 21, 2010

..nukilan pejuang sastera..


Selamat pagi..
Hari ini adalah entry ku yang kedua..
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit bukan.. huhuu..
Bukan senang mahu menghasilkan karya satera yang indah..

Ermm..
Entry kali ini ku ambil dari nukilan pejuang sastera negara kita..
YBhg. Dato' Sri A. Samad Said..
Hayatilah..

Dengarilah..
Fahamilah..



Dalam Librari ~ A. Samad Said

Dalam librari
aku tersengguk
seorang tua
tersenyum menegur:
Tak guna
membuka buku
menutup mata.
Kan elok
menutup buku
membuka mata?

Mulai esoknya
dalam librari
ku tak pernah
tersengguk lagi
walau orang tua
sudah lama
tiada kusua

Dalam librari
kini ku membaca,
mataku sering
ke kerusi orang tua
yang sudah tiada
...

2 comments:

Anonymous said...

++nukilan penuh makna..
++teruskan support nukilan pejuang sastera negara kita..
++sastera mengindahkan dunia..
++terutamanya melalui bait-bait puisi indah..
++sangat melankolik..

..putriasok@..

~gReeNkERoPpi~ said...

dulu tak minat sastera..
but now mcm best gak..
teruskan usaha dalam mencari karya yang terbaik=)..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...