Tuesday, January 24, 2012

^-^ = )



"SENYUM" ringan tak bersuara tapi, penuh makna.
"SENYUM" murah tapi, tak ternilai dengan ringgit.
"SENYUM" tak perlu tenaga tapi, besar motivasinya.
"SENYUM" hal yang mudah tapi, selalu nampak indah.
"SENYUM" 1 perkara yang biasa tapi, boleh menjadi istimewa.
"SENYUM" ibadah yang paling mudah tetapi, berpahala setara dengan sedekah.

 
##Penuhilah hari2 kita dgn senyuman manis agar semua org ikut tersenyum kerana kita!


Kisah benar: Akibat dedah AURAT di facebook.......

kisah ini mengenai seorang hamba Allah. Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook... dalam facebook nya mempunyai banyak koleksi gambar yg tidak menutup aurat...

selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya delete gambar2nya yg tidak menutup auratnya di facebook... malangnya tiada siapa yang mengetahui password facebooknya...

jadi, kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum....dan ingatlah, azab untuk kita yg sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah API NERAKA!

*Cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita, supaya usahlah letak gambar di facebook, terutama sekali gambar kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna.... kita tak tahu bila kita akan mati... jadi, tolonglah kalau anda sayangkan diri anda, deletelah gambar yang tidak sepatutnya....

##Akhir kalam, moga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi...ameen...al-fatihah!

Friday, January 20, 2012

::mampukah aku?::


^-^ menrealisasikan pada diri 10 sifat individu muslim yang telah digariskan oleh Imam asy-Syahid Hasan al-Banna rahimahullah. Jadikan ia manhaj yang praktikal untuk sedaya upaya yang mampu.

10 sifat:

*jasad yang kuat,
*akhlak yang mantap,
*fikiran yang bermaklumat,
*mampu bekerja,
*aqidah yang sejahtera,
*ibadah yang sahih,
*bermujahadah melawan nafsu,
*sangat menjaga waktu,
*urusannya tersusun,
*berguna untuk orang lain.

Sifat-sifat inilah yang menjadi tonggak pembentukan sahsiah mutakamilah yang mampu memikul beban dalam perjalanan membina umat yang maju, cemerlang dan gemilang. adakah diri ini mampu? INSYALLAH, sama2 berubah dari yang tidak baik ke arah kebaikan.

Monday, January 16, 2012

::menegur dan ditegur::

sekadar perkongsian 
                 moga diri ini lebih berhati-hati dlm menuturkan setiap kata-kata dan berlapang dada sentiasa!

Buat yang menegur,
tidak salah menutur bicara,
untuk membetulkan apa yang tak kena,
tapi jangan pernah kau lupa,
yang ditegur itu juga manusia,
punya perasaan punya rasa,
berhemahlah dan lembutlah dalam menyusun kata,
agar apa yang dikata mudah diterima,
juga supaya tiada yang terasa,
lalu menjeruk rasa bermasam muka,
mungkin juga hingga menitis airmata,
kerana pedih dan bisanya kata-kata yang menusuk jiwa.

Buat yang ditegur,
memang tak mudah nak berlapang dada,
bila ada yang memberi teguran secara tiba-tiba,
terasa sesak di jiwa,
terasa ego menyala-nyala,
terasa goyah dari zon selesa,
terasa bergoyang iman di dada,
tapi jangan pernah kau lupa,
yang kau juga manusia biasa,
yang tak mungkin bebas dari berbuat dosa,
jadi harusnya kau gembira,
bila ada yang berani menegur kau didunia,
kerna peluang seperti itu tiada di akhirat sana,
jadi bukalah minda seluas-luasnya,
ukirlah senyuman dimuka,
bila ade secicip teguran yang menerpa,
kerna itu juga menjadi tanda,
diri kau masih ada yang cinta,
dan jalan untuk kau sudah dibuka,
untuk menyusur jalan yang lurus kepada-Nya.
Biiznillah.Allahu a’lam.



"serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik . . . . . . . " [an-nahl:125]


~masih dalam proses pembelajaran~

sedang mencari identiti diri

diri ini belum cukup sempurna lg

wallahua'lam

Friday, January 13, 2012

::penderhaka ::

Wahai Khawarij
Anjing-Anjing Neraka
Si penderhaka pada pemimpin Islam
Bertaubatlah kalian pada Allah
Jangan terlalu ikutkan nafsu
Api kemarahan, dendam dan benci sesama Islam

Wahai Khawarij
Anjing-Anjing Neraka
Mengapa kalian tidak mahu menggunakan akal?
Mengapa kalian terlampau taksub pada perjuangan pemimpin bersikap duniawi?
Sedangkan Allah sudah berikan panduan Al Quran dan Hadis sebagai sandaran
Nabi muhamad saw sudah berpesan banyakkan kesabaran dari api kemarahan

Wahai Khawarij
Anjing-Anjing Neraka
Ingatlah tidak ada jaminan syurga pada mereka yang derhaka pada Sultan!
Hentikan menyalak!!!!
Hentikan memaki hamun!!!
Hentikan berjalan dengan kesombongan!!!
Ingatlah kalian berpijak di bumi ALLAH
Rendahkan suara kalian
Rendahkan diri kalian
Turunkan senjata kalian

Wahai Khawarij
Anjing-Anjing Neraka
Jangan sesekali derkaha pada Sultan
Ingatlah Sultan itu adalah keturunan nabi muhamad ahlul bait yang dihormati
Pesanan dan amaran sudah diberikan
Jangan sesekali timbulkan kekacauan
Jangan sesekali mengapi-apikan kemarahan, benci dan hasad dengki

Wahai Khawarij
Anjing-Anjing Neraka
Tahukah kamu siapa musuh kamu yang sebenar?
Iluminati, Dajjal dan kafir harbi
Habis negara-negara Islam yang telah dimusnahkan
Sudah berapa ramai orang-orang Islam yang terbunuh di sana sini
Mengapa kalian tidak mahu perhatikan?
Mengapa kalian masih lagi berdegil ikutkan telunjuk si kafir harbi
--------------------------------------- dan Freemason
Adakah mereka ini dapat memberikan anda syurga?

Wahai Khawarij
Anjing-Anjing Neraka
Bertaubatlah, Beristiqfarlah, Insafilah
Jangan terlalu ego pada Allah
Jangan terlalu bodoh diperkudakan
Jangan jadi lembu yang mudah dicucuk
Kembalilah pada Al Quran dan Hadis

 

Thursday, January 12, 2012

::MENTARI PAGI::

at tasik bukit ekspo upm

Bagaikan menunggu cahaya cinta_
Yang tak mungkin hadir tuk diriku_
Disaat kaki mulai lemah tuk melangkah_
Tuk mengejar angan dan bayangmu_
Tak munghkin ku dapat semua itu darimu_
Wahai MENTARI PAGI_

##perghhhh!!! mcm awie dalam filem sembilu, jiwang siotttttt! (dipetik khas dari kata-kata shaheizy sam, dlam aku bukan tomboy) huahuahauahauahauahau ^-^

Wednesday, January 11, 2012

::sikap wanita yang lelaki suka dan sebaliknya::


Lelaki suka:
1. Wanita yang bersikap kelakar..jangan la yang kelakar sampai jadi kelakar yang over lak...hehe
2. Berbudi pekerti
3. Murah hati
4. Senyuman manja...selalu je senyum..jangan senyum sorang2 plak...laen jadinye lak...hehe
5. Tahu memasak...yg ni mesti...sebab kaum lelaki ni memang suka kalau bab makan ni...
6. Pandai dalam menggayakan pakaian...jangan la selekeh sangat dalam bab pakaian ni...jangan over plak ek...hehehe
7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya
8. Tidak mudah naik angin...yang ni pun penting...kurangkan membebel tu...
9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak..
10. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian..seksi pun x boleh gak...nati seksa lak kaum lelaki lihat...hehe
11. "Ok..tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.?"..yang ni jenis x kedekut.,,sama2 kuar modal...hehe
12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya..
13. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi..
14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi..
15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri..yang ni penting lagi...sebab maruah wanita adalah segalanya...
16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan..
17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang..yang ni kena ada sifat caring la...
18. Yang tidak suka berleter...yang ni penting gak ni..!!!
19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki..kiranye tidak mudah putus asa la....
20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh..
21. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki..yang ni lelaki suka gak...


Lelaki tidak suka:!!!!
1. Wanita yang suka mengumpat..dosa2...hehe
2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal..yang ni paling menyampah...sombong x tentu pasal...hehe
3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki..
4. Merokok!!!...perrrggghh...yang ni confirm lelaki x suka...kalau ada yang suka pun, mungkin yang tak bape betul kot...hehe

5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki..tahu nak menyuruh je..
6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian..yang ni wanita sendiri pun x suka...hehe
7. "Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul".(garang).
8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak..adoi..yang ni jenis x boleh terima nasihat ni...
9. Wanita yang bersikap hipokrit...yang ni lagi la bahaya...boleh jadi baik depan laki, tp kat belakang kalau boleh nak bunuh laki tu...

10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki..yang ni lak jenis cerewet..semua benda nak tahu...
11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki...
12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang..yang ni kalau jumpa kucing, dibunuhnya kucing tu...
13. Pakaian wanita berselerak di biliknya...yang ni lagi teruk...bila dah kahwin nati, laki dia yang jaga pakaian dia...adoi...
14. Tidak bertanggungjawab langsung...
15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya..yang ni teruk gak ni...memang confirm la lelaki reject...kalau ada yang terima pun untuk main2 je...hehe
16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh...
17. Boros berbelanja...jenis macam ni pun bahaya gak...kering poket lelaki nati...makan pasir la jawabnya...hehe
18. Tidak tahu/malas memasak..ilmu memasak ni mesti dimiliki oleh setiap wanita...aset penting tu...
19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati..yang ni jenis kurang kasih sayang ni...hehe
20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya...yang ni lagi la penat...jangan sampai si wanita ni follow gak masuk tandas...hehehe...

Itu je la yang kaum2 wanita kena ambil berat sikit...kalau nak lelaki yang baik...jadilah baik...dapat la lelaki jenis yang baik...kalau nak yang jahat, jadi la jahat...confirm dapat punye...nak jadi seorang yang baik ni susah...bukan boleh dikawal oleh diri...kena betul2 ikhlas...kalau ada yang perangainye tersenarai dalam yang laki tak suka, cuba la ubah diri kita..jadi lah yang lebih baik...."Allah tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum, Melainkan Mereka yg Berusaha Mengubahnya..." 
^-^ selamat beramal ^-^

Tuesday, January 10, 2012

::Doaku buatmu kekasih ::


Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta

Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti
                                           
Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih


video
Doaku buatmu kekasih <3


::manuisa yang di cintai::

Di dalam hidup sering kali kita ingin dicintai oleh orang lain, pasangan hidup kita, saudara, kerabat, teman kantor, sang buah hati kita dan juga tetangga dimana kita tinggal. Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wassalam memberikan satu tip agar kita dicintai oleh orang lain sebagaimana Sabda beliau,

"Kalian disenangi oleh manusia bukan karena harta kalian melainkan karena wajah yang ceria dan akhlak yang mulia (HR. al-Baazar)

Wajah yang ceria dan akhlak yang mulia itulah kunci agar kita dicintai oleh orang lain bahkan juga oleh Allah dan RasulNya. Pernah Nabi Muhamad ditanya, 'Ya Rasululullah, siapakah hamba yang paling dicintai oleh Allah?' Beliau menjawab, 'Yang paling baik akhlaknya.' (HR. al-Tirmidzi). Dan Nabi juga bersabda, 'Orang yang paling aku cintai dan paling dekat denganku dihari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya.' (HR. al-Tirmidzi).


Jadi, kuncinya agar kita dicintai adalah wajah yang ceria dan akhlak yang mulia..
##so, untuk wajah yang ceria senyum la selalu, dan akhlak yang mulia sentiasa menjaga tikah laku!!##
 senyum utk wajah y ceria

 
 bseekah salah satu akhlak y mulia


*same2 kita mengamalkannya:-amin

Sunday, January 8, 2012

::melayu sorak::

Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai!!!
 
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!!!

::hati manusia::

Susahnya menjaga hati
Sedangkan ia adalah tempat pandangan Allah
Merupakan wadah rebutan di antara malaikat dan syaitan
Masing-masing ingin mengisi
Malaikat dengan hidayah, syaitan dengan kekufuran
Bila tiada hidayah, ada ilmu pun tidak menjamin dapat selamat
Sekalipun ilmu diperlukan
Bila dipuji, ia berbunga
Terasa luar biasa
Bila dicaci, aduh sakitnya
Pencaci dibenci...berdendam sampai mati
Bila berilmu atau kaya, sombong pula mengisi dada
Jika miskin atau kurang ilmu
Rendah diri pula dengan manusia
Adakalanya kecewa
Kemuncaknya putus asa
Pada takdir yang menimpa
Sungguh susah meredhainya
Ujian yang datang, sabar tiada.
Jiwa menderita
Melihat kelebihan orang lain, hati tersiksa
Kesusahan orang lain, hati menghina
Bahkan terhibur pula
Suka menegur orang, tapi bila ditegur hati luka.
Aduh susahnya menjaga hati
Patutlah ia dikatakan raja diri
Bukankah sifat sombong pakaian Raja?!
Bukan mudah menahan marah apabila orang marah kepada kita atau orang membuat kesalahan kepada kita
Bukan mudah tidak membalas terhadap orang yang menganiaya dan memfitnah kita Sedangkan mereka menyusahkan kita, dan kita pun menderita dibuatnya
Tidak mudah menahan perasaan hati agar tidak berbunga ketika ada orang memuji kita
Apakah kita boleh menolak pujian itu dengan rasa hati bahwa kita tidak layak menerimanya?
Tidak mudah, biasanya hati sedap dan berbunga rasanya
Akhirnya riyak, takbur pula bermaharajalela
Syaitan juga yang bersorak gembira

Begitulah hati manusia sentiasa berubah-ubah apabila berubah keadaan. Karena itulah kita disuruh berdoa: “Ya Allah tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu, dan mentaati-Mu

Sunday, January 1, 2012

welcom 2012

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dan senyum sokmo. senyumlah dengan seikhlas hati kerana senyuman itu pasti menenangkan insan lain.

Setiap pertemuan pasti akan berlaku perpisahan. untuk apa kita bertemu jika ditakdirkan untuk berpisah? tak perlu dipersoalkan kerana Allah maha mengetahui. saya yakin bersama sebuah perpisahan itu, berjuta hikmah bersamanya. redha dengan ketentuan Ilahi.

Pada mula kita bersama, saya akui perasaan sangsi sudah wujud dalam hati. walaupun begitu, saya teruskan jua untuk bersama kerana saya tahu, saya perlu tabah bersama awak menempuh pelbagai dugaan. saya berdoa dan berharap semoga kebersamaan kita mampu mencipta kebahagiaan bukan untuk saya seorang, malah untuk insan lain jua. saya mengaku saya masih lemah. saya mengaku saya masih kurang berusaha untuk memartabatkan diri saya sebagai insan yang terbaik.

Semoga perpisahan kita ini tidak menjadikan saya lemah. saya nak jadi lebih kuat. saya nak jadi lebih berusaha, lebih bersemangat dan tidak mudah menyerah kalah. saya tahu saya perlu lebih bersemangat untuk menghadapi segala cabaran yang akan datang.

Kita tidak mungkin akan bertemu lagi. saya tahu itu. namun, perpisahan ini tidak akan memadamkan kenangan kita. saya pasti merindui saat kita bersama. selamat tinggal 2011!! 2012 KINI MENJELMA!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...