Wednesday, December 26, 2012

::kernaku sayang kamu::




Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu


Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu!




Monday, December 24, 2012

::arah::




Melangkah Itu Mudah. 

Namun Mencari Arah Itu Yang Terkadang Payah. 

Mencari Jalan Itu Mudah, 

Namun Memahami Destinasi Itu Yang Susah 

Menyusuri Susur Itu Mudah 

Namun Menuju Noktah Itu Pasti Mendatangkan Lelah


*Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. *












Sunday, November 25, 2012

ANJIKU versi KAMI PRODUCTION.wmv


terjumpa video ni kat youtube..hahahaha..kenangan> 1 tugasan yang sangat mencabar+kelakar! 
yunus
daud
dijah
husna
shafie

Thursday, November 1, 2012

::TEAM BUILDING::

TEAM BUILDING


kursus kerje berpasukan> lagi satu pengalaman baru, yang mungkin x  dapat di lupakan, 
sangat memberi input2 yang berguna sebagai individu yang baru di alam pekerjaan,
kerjasama, kepimpinan, keperihatinan, dan juga mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja..

Insyallah////// ]}}]}
welcome to gambang
persembahan

ombak
wit}fasha>pok>hadhri>ciknad>azam>abe nan
wit cik anim hadhri kak ros kak niza
all staf BKP-JPP-KPT

Monday, October 15, 2012

:: lelaki@suami::


adakah kita memenuhi kriteria-kriteria  berikut, sebelum bergelar suami nanti??? ataupun adakah kita
antara mereka yang bersikap panas baran???, tidak bertanggunjwab?? dan tidak mempunyai sifat penyabar???
sekadar renungan untuk diri sendiri, dan perhatian untuk wanita2 yang akan hdup bertemankan suami@lelaki///hauahauahauahauahauahauahau =P

Wednesday, October 10, 2012

::mencari kebahgiaan::

'Ada yang berpendapat mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca yang pecah. Ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang megutip paling sedikit.Tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya. Kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka..'

Pernahkah kita bertanya dengan diri kita, adakah kita ini di antara orang yang bahagia? Mungkin ada di antara kita pada ketika ini memiliki harta yang melimpah ruah, tetapi tidak merasa bahagia. Ada pula yang memiliki kemasyhuran dan kedudukan yang tinggi, namun tidak pernah merasa bahagia.

Kalau begitu, ternyata ukuran bahagia itu tidak terletak pada banyaknya harta, bukannya pada jawatan dan kedudukan, bukan juga pada ketokohan seseorang dan juga bukan dengan peluang melancong ke merata tempat. Lalu, di manakah kebahagiaan itu, dan bagaimana pula kita dapat mengecapinya ?

???? muhasabah diri, d mana salahnyer kita dalam mengejar kebahgian d dunia dan akhirat....

Monday, October 1, 2012

::oktober::

oktober

takder apa yang nak d ckap mengenai bulan 10 ni cuma.... just want to say " cepatnya masa berlalu kan,
pejam celik dah, dah 8 bulan aku bkerja, sudah sbulan aku duduk mnyewa d putrajaya..satu pengalaman baru, bila pertama kali kita duduk menyewa..

#terpkase berdikari
#masak sendiri
#kemas rumah
#basuh pinggan

sbgai seorg lelaki, melalui benda2 mcm ni satu cabaran dalam hdup..huhu..bukan ape, lelaki biase nyer sudah  terbiase apabila bangun pagi, sudah tersedia nasi lemak, air y sudah siap d buat, baju y sudah tersidai d basuh...itu yang dianggap satu cabaran bagi aku..

sebab semua nyer itu, biasennyer mak kita y buat kan, tp itu dlu, bila d pkirkan, di ingatkan, d renungkan, terasa dan terdetik mahu pulang, mahu bkerja d kampung, d sisi kluarga, bukan mengharapkan mak untuk masak, basuh,sediakan semua tu, tapi terdetik, bila kita berjauhan bagaikan ada sesuatu y kosong,,nak taw ape??? PERHATIAN BELAIAN, KASIH SAYANG DRP SEORG MAK! itu y aku mahukan...
bila kita berjauhan semua itu xde,, semuanyer sendri sedih kan =) huhu

#skadar luahan, bila kita merindui insan tersayang, benda y mak kita buat dulu, skrg kita y buat sndri, mane x rindu kan...###



Monday, September 24, 2012

::berterima kasih::

kita perlu Berterima kepada orang yang telah...

MELUKAI HATI mu karena dia telah membuat HATI mu KUAT...
☑ MEMBOHONGI mu karena dia membuat HIDUP mu semakin BIJAKSANA...
☑ MEMBENCI mu karena dia yang MENGASAH KETEGARAN mu...
☑ Dan MENYAYANGI mu karena itulah ANUGERAH TERINDAH dalam HIDUP mu...


Thursday, September 13, 2012

::masa::

13>9<2012 nbsp="nbsp" p="p">     Dahulu, kini, dan kemudian, hanya masa yang boleh mengubah seseorang. Tapi, manusia sering dihantui tentang masa – masa yang sudah terjadi dan belum terjadi. Akhirnya, tergadailah masa kini dulu dan selamanya...

Ambilah kebaikan daripada masa dahulu, untuk merubah yang kini dan yang akan membentuk diri pada kemudian hari. Jangan dipinggirkan, ditinggalkan kesemuanya. Kerana, semua itu bernilai meskipun kita sudah ketinggalan.
 Bagi yang mema
nfaatkan masa, tahniah. Bagi yang ketinggalan masa, berubahlah. Bagi yang lebih masa, lebihkanlah ibadah. Kerana, kita akan ditanya kelak tentang apa yang kita lakukan. Pertanyaan yang merujuk pada penggunaan masa.

 Manfaatkanlah masa. Tidak kira apa jua. Orang yang berjaya, adalah orang yang mampu manfaatkan masanya. Maka terteralah ayat ‘manusia yang baik, adalah manusia yang mampu memanfaatkan orang lain.’ Jadi, jika kita manfaatkan masa, tidak mustahil kita mampu manfaatkan apa – apa yang ada disekeliling kita.




Wednesday, September 12, 2012

:: mencari sinar::


Aku menoleh memandang di mana letaknya mentari.. Di dalam mencari sinarnya hati.. Bila senyuman tidak semanis dulu lagi.. Bila apa yang ada kini cuma khayalan dinihari.. Menghitung dan mengira hingga suatu hari nanti.. Yang tampak jelas cumalah suramnya hati.. Hingga sampai suatu masa aku jua akan mati..

Tuesday, June 5, 2012

::keliru =P::





samsung galaxy tab
or
 
 i pad.
???????????????????????????????


jawapanyer akan menyusul esok....



Monday, June 4, 2012

:5 serabut:

pembudayaan 5s.
                
                       sape taw sal 5s?
                                           hakikatnya 5 s-(1) SANGAT SERABUT
               ( 1)  SANGAT MEMENATKAN
                 ( 3)SANGAT MEMBORINKAN
     ( 4) SANGAT CEREWET
                       ( 5)DAN SANGAT MEMB----KAN.

                               ini la dasar y nak di amalkan oleh tutt skrg, sgt memenatkan, wlapun hakikatnyer nampak remeh, tp cerewet, itu x boleh, ini x boleh, sudahnyer semua xleh, ape gunanyer luaran  nak seragam sgt, nak tersusun, nak bersih. y penting dalaman tu, klw tempat kerje bersih,cntik tersusun rapi, tapi klw hati x iklas, wat kerje pon nak  berpolitik bek x payah........! kannn..gue marah nie! haha



                                             nsek bek ada dak nie msa wat kerje .comel sgt2..:-).



Sunday, June 3, 2012

::coretan::

pada saat genting
pada saat-saat penentuan 
pada hari perkiraan, 
kau membisu, 
tiada tangan yang menghulur

tak ada yang dapat kau lakukan, katamu,
tak ada ruang gerak,
tanganmu terikat.
jadi begitulah, dan itu, saya ingat,
jarum jam tak mungkin diputar mundur 
untuk kepentingan persahabatan lama

dan kita terpisah
dengan kekecewaan memenuhi hati, dan kata yang terus hidup
dalam kenangan kita sampai akhir hayatku.

Wednesday, May 30, 2012

::KEHILANGAN::



Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa telah kehilangan
Cintamu yang telah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada



Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku



Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita


Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi..

Wednesday, May 9, 2012

::persoalan suka atau tidak::

kamu suka atau tidak????? ...tak semua apa yang kamu nak ...kamu akan dapat ...namun Allah itu sangat adil ...kadang2 Dia gantikan dengan memberi sesuatu yang lebih hebat lebih baik...yang kamu sendiri pun tak pernah mintak ....Alhamdullilah klw itu y kita dapat ... 
 kamu suka atau tidak?? ...masa lalu tak mungkin akan kembali ...apa perlu kamu lakukan skrg ...kesilapan masa lalu jangan lagi kamu ulangi ... let past is past ! biarkan ia pergi, ternyata pahit utk skrg kelamaan manis jua, INSYALLAH 
 kamu suka atau tidak?? ...kawan untuk ajak makan prosperiti bege senang dicari ...tapi kawan untuk bersama sama ratah biskut meri sukar di cari ... realiti hidup ! tapi ada je, kwn ketika sakit ada jgak kwn imaginasi (bila hanya diperlukan).
 kamu suka atau tidak??? ...tak semua org menhulurkan tgn kepada kamu bila kamu susah ...tapi kamu jgn lupa hulurkan tangan kepada orang bila kamu senang... give ur hand ! and smile =) ^--^ 

 semoga kematangan lebih terselah melalui umur y kian meningkat..AMINNNN YAA ROBBB...bygone be by gone

Sunday, May 6, 2012

::04051988::

04051988
Alhamdulillah..pejam celik, sedar dalam tak sedar, tido bangun, tgok2..dah 42 tahun mencecah umurku..huhu
syukur, masih d beri kesempatan untuk menikmati khidupan d dunia, masih d beri ruang untuk bernafas dan merasai oksigen..syukur YA ALLAH.
and
Thank 


 Thank to all my friends, willing to wish me on my bday, saudara mara, kawan lama dan baru, kawan rapat dan kurang rapat, kawan jauh dan dekat dan kawan facebook, twitter dan terima kasih diatas segala macam ucapan serta doa dan terima kasih kerana telah memenuhi ruang wall facebook, MAY GOD BLESS ALL OF U...AMIN.

Wednesday, April 25, 2012

::pengalaman baru ::

salam....
          nak tulis diari ckit...huhu, saja suka2, nak bercerita..hari ni aku bru je dapat pengalaman baru..
pengalaman y pertamama kalinyer aku masuk pertandingan  bowling, iya, memang sebelum ni, main bowling memang biase kan, tapi masuk pertandingan nyer sama sekali tidak, 
memeng berbeza, perasaan apabila kita bermain sekadar suka suka , dengan bermain untuk menang...perghhh dasyat glerrr, semua nak menang..walaupun pertandingan sekadar 3 game, tapi tangan aku, da skit gler, sebab lame x main..huhu..
ok..ni merupakan pertandingan anjuran daripada KPT..(kementerian pengajin tinggi)..aku berempat wakil drp JPP ( jabatan pengajian politeknik)...aku, abg wan, abg mok, cc din..
 daripada 12 team kot rasanyer, dapat la jugak kami no 4,,hehehe, walaupun no 4 je, tapi sekuarng2nyer dpt jgak gadiah, sebab hadiah smpai no 5 jek hehe..
134
132   > score utk 3 game <
^
122
 sangat seronok bila berpeluang masuk ape2 pertandingan, satu pengalaman yang memang x mungkin d lupakan, tapi bagi aku pengalaman masa belajar lagi seronok, lebih seronok drp mane2 pengalaman y aku lalui.

Monday, April 23, 2012

::Alhamdulillah::



lihat pada apa yang ada
 barulah kita rasa BERSYUKUR
dan    
 jangan di kenang pada yang tiada
nanti kita KUFUR


Alhamdulillah..









Sunday, April 22, 2012

::muhasabah::


            manusia tidak pernah lari drp melakukan ape jua kesilapan, namun ape yang perlu, cara menyelesaikan, dan menghidari kesilapan itu satu pekara yang amat penting bagi kita .
kita di beri anugerah untuk berperasaan, tapi manusia ni kadang2 lebih bersikap negetif, kenapa ada di kalangan kita perlua da sifat benci sesama umat...???
perlukah perasaan itu wujud, sedangkan sifat persahabatan, bermaafan itu lebih berguna??
adakah manusia d lahairkan semata2 untuk membenci dan mencaci?

              kadang2, hukum karma ada betulnya.....sekali kita membenci org, mungkin beratus kali ada y membenci kita.
jadi, nilainya?? bermuhasabah la diri selalu, fikir tentang diri kita terlebiha dahulu, nilai sejauh mana kebaikan diri kita, sebelum menilai org lain, ape y kurang,  kita perbaiki, jgn mudah bersifat menunding jari terhadap org lain...sama2 bermuhasabah agar diri bertambah keberkatan.

## tidak perlu mengambil masa brjam2 untuk berfikir, guna kan 5 minit masa untuk bermuhasabah dan menilai diri kita, insyallah segala keburukan, dapat kita melihat d balik cermin diri.

Wednesday, April 18, 2012

::family day::

bila kali pertama join fmly day, agak jangal rasanyer bagi aku, yelah..org lain kebanyakan dengan fmly masing2..tapi aku sorg2 jek, hehe, da nama pun famly day kan...

sambutan yang agak best, bnyak hadiah yang dapat...tapi y kurang bestnyer, bukit ekspo jugak lokasinyer, mcm xde tempat lain, blajar pun upm, fmly day masa kerje pun upm, tp ok la, x mnyusah kan aku, sebab dekat je aku nak g kan..
  ape pun tq untuk KPT ada jugak pengalaman n kenangan!

::nilai sahabat::

       Jangan menilai seseorang dari luarnya saja. Buruk dimatamu belum tentu buruk dimata orang lain. Kenali sebelum menghakimi.. .. it's ok... itu sahaja jalan yang boleh kita tunjuk kasihsayang kita pada sebuah perhubungan sahabat ...bkan dgn jalan berpolitik mcari alasan untuk memisahkan hubungan yang sedia ada....

berdiam diri, mungkin bsebab, bila selalu d anggap jahat, mana lagi nilai sahabat,
tidak berbalas contax mungkin tidak sihat, atau ape2 sahaja...tp bila hati mulai kotor, mana nak nampak postififnyer sahabat, mane nak ingat nilai sahabat, waktu susah, sakit, ada msalah sahabat mjadi pndegar segala isi luahan, bila gembira...arghhhh...biar kan dia, y pting aku da ada kwn baru....
lumrah hidup manusia, kurang menilai diri sendiri, y salah semua org lain..


Tuesday, April 3, 2012

::PENGALAMAN HIDUP::

PENGALAMAN HIDUP

Dari pengalaman kita belajar mengenal erti kehidupan...pengalaman adalah sebuah UNIVERSITI kehidupan yang universal dan tiada sempadan.

Setiap apa yang telah kita lalui dalam kehidupan adalah pengalaman..Pengalaman mencipta KENANGAN...dan kenangan seringkali mewujudkan kerinduan.

Merindui kenangan itu tidak salah tetapi merindui kenangan sehingga masa menjadi terbeku dan hati menjadi sendu itu satu kesilapan. Ia hanya merencatkan perjalanan hidup yang harus terus meluncur ke depan kerana masa itu sangat berharga dan hidup terlalu singkat untuk dipersia-siakan.

Kita harus belajar untuk menghilangkan kerinduan pada kenangan dan menjadikan kenangan hanya sebuah INGATAN dan PERINGATAN yang jika manis dan baik dijadikan INGATAN KESYUKURAN manakala jika pahit dan mengundang keburukan pada diri sebagai PERINGATAN agar ia tidak berulang untuk kedua kali kesilapan yang telah terjadi.

Itulah HIKMAH pengalaman...aminnn TQ ALLAH swt kerana telah mematangkan diri kita dengan pengalaman..kerana pengalaman ada lah GURU YANG BIJAKSANA!!!

Monday, March 19, 2012

::hati::

Hati…
 Siapa yang mengetahui isi hati seseorang? siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia? bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah kenyataannya seperti yang kita lihat?
Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati. 
Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati.  Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu. Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.
 dunia realiti, berpijak d bumi yang nyata, boleh ke manusia hidup dengan tanpa ada ape2 perasaan.

Dan jika ALLAH membolak balikan hati kita dan si dia dari cinta, maka gantilah kata patah hati itu dengan perkataan syukur hati kerana ALLAH lebih mencintai kita dari pada si dia, terbukti ALLAH mengambil kita untuk dikembalikan kedalam nikmat, limpahan kasih sayang dari kekasih hati yang baru dan selamanya iaitu ALLAH. Siapa yang tak mahu jadi kekasih ALLAH? tenang, damai, indah, cukup rasanya hidup ini  !

Wednesday, March 14, 2012

::everybody's changing::

You say you wander your own land
But when I think about it
I don't see how you can

You're aching, you're breaking
And I can see the pain in your eyes
Says everybody's changing
And I don't know why

So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing and I don't feel the same


You're gone from here
Soon you will disappear
Fading into beautiful light
'cos everybody's changing
And I don't feel right

So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing and I don't feel the same


So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing and I don't feel the same

Monday, March 12, 2012

::kepulangan y bermakna::

hari ini aku kembali bekerja seperti biase, setelah bercuti selama 3 hari. tiga hari ya paling bermakna. setelah lebih kurang 4 bulan tidak melihat wajah ibu tercinta.
sangat bermakna walaupun sekejap, sangat berharga, kalaw boleh nak saja berada di pangkuannya, namun apa kan daya..hehe..org lain boleh je dok jauh2 tnpa keluarga, tnpa mak, knapa aku xleh.kuatkan semangat untuk menepuhi hari2 y mendatang..( pesan mak, kerje molek2 klw rasa nak ada ape yang org lain ada kerje kuat2) hehe..
tapi hari ini juga hari tidak sihat sedunia kot,hehe ramai y demam n selesema kat ofis, tmasuk aku..rasa mcm mnyesal jek g krje hari ni, sebab masih ramai lagi y bercuti, aku je y kononnyer rajin huhu, xpe la..kerje kne la rajin..da nama pun kerje.

belajar+kerja=best lagi belajar.
#aku nama je kerje, tp suasana tmpat tnggl masih lagi suasana blajar,
kdg2 rindu time blajar, sb kerje penat(sikit la)..hihi
sape2 y x sabar nak kerje tu,manfaatkan msa blajar dgn sewajarnya hehe..

jom rehat kan mesin2 minda y seharin bkerja untuk kegunaan esk.

Tuesday, March 6, 2012

~Pilihlah~

Memilih dan dipilih
itulah hidup dan kehidupan.

Ketika memilih
pilihlah yang terbaik.

Ketika terpilih
jadilah yang terbaik
kerana hanya kebaikan yang mendatangkan keberakahan
dan hanya keberakahan yang pasti mendatangkan ketenangan ..




Sunday, March 4, 2012

Bezanya Ciri² CALON PAKWE & Ciri² CALON SUAMI \/ ^_^ \/

Ilmu pengetahuan kiri kata = PEREMPUAN NAK CARI PAKWE

ø Rambut mau pacak..
ø Pakai baju fit badan..badan berotot satu kelebihan
ø Nak yang kulit putih.Kulit gelap akan dipertimbangkan..
ø Tak kisah dia perangai macamana pon. Janji pandai mengayat
ø Boleh keluar rumah anytime , anywhere.
ø Nak yang macho. Boleh teman anytime ~

*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*

Ilmu pengetahuan kanan kata = PEREMPUAN NAK CARI SUAMI

ø Nak yang boleh solat berjemaah dgn dirinya dan anak-anak,Berjanggut tu pakej !
ø Reti hormat orang tua
ø Nak yang pandai buat semua kerja (serbaneka boleh).Rajin kerja..
ø Tak kisah hensem ke tak. (sedap mata memandang)
ø Nak cari yang pandai jaga & melindungi ! Tak sudi berpoligami
ø Cari yang pandai jaga isteri.Tak curang bila dia kerja
ø Nak yang BAIK jer (walaupun tak mampu jadi yang terbaik)

:jodoh:

Jodoh itu RAHSIA Allah.




JODOH itu rahsia ALLAH S.W.T.
☻♥☻
/█\ /█\
.||. ||.


ツ SEKUAT mana kita setia...


ツ SEHEBAT mana kita merancang...


ツ SELAMA mana kita menunggu...


ツ SEKERAS mana kita bersabar...


ツ SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita...


ツ•.♥• Jika ALLAH tidak menulis jodoh kita bersama dia...
Kita tetap tidak akan bersama dengannya •.♥•


ツ•.♥• Jika ALLAH telah menulis jodoh kita bersama dia...
Kita tetap akan bersama dengannya •.♥•



~ Kerana tulang rusuk dan pemiliknya TAKKAN PERNAH tertukar
dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya.~




painful

It's painful to say goodbye to someone you don't want to let go,
but more painful to ask someone to stay when you know they want to leave.



Sunday, February 26, 2012

::mencuba::

Kita pernah “DILUKAI”
dan mungkin pernah “MELUKAI”
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.

Kita pernah “DIBOHONGI”
dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”,
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar arti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.

Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan
terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..
yaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua

JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencuba lagi
GAGAL, bangkit lagi,
yang penting USAHA!


Tuesday, February 21, 2012

:Insyallah:

Dalam senyum tetap membisu,
Dalam tawa hati memendam,
      Dalam utusan tidak bersahut,
              Dalam dekat terasa renggang…

                          Tetap kemas ku genggam janji,
                                             Tidak dilupa tawakal iringi,
          Hanya Allah sebaik penetap,
          Kerna jodoh tak ke mana,
                             Kerna tidak ada hikmahnya…

Sunday, February 12, 2012

::kasih seorang ibu::

Hayatilah kisah ini..

Alkisah di sebuah desa, ada seorang ibu yang sudah tua, hidup berdua dengan satu-satunya anak. Suaminya sudah lama meninggal kerana sakit. Si ibu sering kali merasa sedih memikirkan anak satu-satunya. Anaknya mempunyai tabiat yang sangat buruk iaitu suka mencuri, berjudi, melaga ayam dan banyak lagi

Ibu itu sering menangis meratapi nasibnya yang malang, dia sering berdoa memohon kepada Tuhan: “Tuhan tolong sedarkan anakku yang kusayangi, supaya tidak berbuat dosa lagi. Aku sudah tua dan ingin menyaksikan dia bertaubat sebelum aku mati”

Namun semakin lama si anak semakin liar dengan perbuatan jahatnya, sudah sangat sering dia keluar masuk penjara kerana kejahatan yang dilakukannya

Suatu hari dia kembali mencuri di rumah penduduk desa, namun malang dia tertangkap
Kemudian dia dibawa ke hadapan raja utk diadili dan dijatuhi hukuman pancung.
Pengumuman itu diumumkan ke seluruh desa, hukuman akan dilakukan keesokan hari
di depan rakyat desa dan tepat pada saat lonceng berdentang menandakan pukul enam pagi.

Berita hukuman itu sampai ke telinga si ibu. Dia menangis meratapi anak yang dikasihinya dan berdoa berlutut kepada Tuhan “Tuhan ampuni anak hamba, biarlah hamba yang sudah tua ini yang menanggung dosa nya”

Dengan tertatih tatih si ibu menghadap raja dan memohon supaya anaknya dibebaskan
Tapi keputusan sudah muktamad, anakknya harus menjalani hukuman.
Dengan hati yang hancur, ibu kembali ke rumah. Tidak henti – henti si ibu berdoa supaya anaknya diampuni, dan akhirnya dia tertidur kerana kelelahan. Dan dalam mimpinya dia bertemu dengan Tuhan.

Keesokan harinya, ditempat yang sudah ditentukan, rakyat berbondong – bondong menyaksikan hukuman tersebut. Tukang pancung diraja sudah siap dengan pancungnya dan si anak itu sudah pasrah dengan nasibnya.
Terbayang di matanya wajah ibunya yang sudah tua, dan tanpa terasa ia menangis menyesali perbuatannya Detik-detik yang dinantikan akhirnya tiba

Sampai waktu yang ditentukan tiba, lonceng belum juga berdentang sudah lewat lima minit dan suasana mulai kecoh, akhirnya petugas yang bertugas membunyikan lonceng datang.
Petugas itu mengaku hairan kerana sudah sejak tadi dia menarik tali lonceng tapi bunyi dentangnya tiada.

Disaat mereka semua sedang bingung, tiba – tiba dari tali lonceng itu mengalir darah. Darah itu berasal dari atas tempat di mana lonceng itu diikat. Dengan jantung berdebar – debar seluruh rakyat menantikan apa yang berlaku disaat beberapa orang naik ke atas menyelidiki sumber darah itu.

Tahukah anda apa yang terjadi?
Ternyata di dalam lonceng ditemui tubuh si ibu tua dengan kepalanya hancur berlumuran darah
dia memeluk bandul di dalam lonceng yang menyebabkan lonceng tidak berbunyi,
dan sebagai gantinya, kepalanya yang terhantuk sehingga hancur di dinding lonceng tersebut!

Seluruh orang yang menyaksikan kejadian itu tertunduk dan menitiskan air mata
Sementara si anak meraung – raung memeluk tubuh ibunya yang sudah diturunkan.
Si Anak menyesali dirinya yang selalu menyusahkan ibunya.

Malam sebelumnya, si ibu dengan bersusah payah memanjat ke atas dan mengikat dirinya di lonceng. Dia memeluk besi dalam lonceng untuk menghindari hukuman pancung keatas anaknya.
Demikianlah sangat jelas kasih seorang ibu untuk anaknya. Walaubagaimana jahat pun si anak, si ibu tetap mengasihi sepenuh hidupnya.


Marilah kita mengasihi orang tua kita masing – masing selagi kita masih mampu
kerana mereka adalah sumber kasih Tuhan bagi kita di dunia ini.
Sesuatu untuk dijadikan renungan untuk kita agar kita selalu mencintai sesuatu yang berharga yang tidak boleh dinilai dengan apapun..

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati

Ambillah waktu untuk memberi, itu membuat hidup terasa bererti

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan

Gunakan waktu sebaik mungkin, kerana waktu tidak akan boleh diputar kembali..

Friday, February 10, 2012

::BENCI::

Kita mungkin pernah membenci seseorang atau mungkin orang-orang di sekitar kita yang menanamkan rasa benci pada setiap orang yang ada di sekitarnya. Atau mungkin kita sendiri yang mengalami keegoisan atas kebencian pada seseorang. Sehingga kita lupa bahawa kita juga turut melibatkan orang lain dalam dendam kita itu.

      Orang yang selalunya dibenci separuh mati biasanya orang yang pernah dekat dengan kita, kebencian itu datang akibat kita merasa dikhianati dan ditikam dari belakang,biasanya ini faktor utama. Cuba persoalkan pada diri kita!

*Apakah nikmatnya kebencian ?
*Apa manfaatnya kebencian untuk kita ?
*Apa untungnya rasa benci yang kita tanamkan?
*Sebenarnya tiada manfaat kebencian selain memanjakan nafsu. Yang ada hanya mengeruhkan ukhuwah dan tentunya merimaskan orang dalam kehidupan sekeliling kita. Sahabat kita yang pada asalnya terbuka berkawan dengan sesiapa saja, akhirnya ikut membenci orang yang kamu benci, padahal dia tak tahu atas dasar apa kebencian kita itu.

”…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (QS. An Nuur, 24:22) ” 

Sunday, February 5, 2012

::ter-ingat::

ada rasa cinta kepada dia..
ada rasa rindu pada dia…
namun sahabat..aku tidak tahu ..
selalu ku doa untuknya….
agar dia baik2 saja…

dipelihara iman..terhindar dari kemaksiatan
dipermudahkan segala urusan…
walau di mana berada..
pinta ku pada Tuhan yg Maha Kuasa…
agar Dia melindungi dia..
kerna Dia maha tahu segala…
sedang aku tiada daya…tiada kuasa…

sering juga ku pinta…
dalam istikharah cinta..
agar dijelmakan dia
dalam lena atau jaga…
namun ku redha..ku mengerti..
Dia lebih mengerti perihal diri ini…

Friday, February 3, 2012

::Salam Maulid Ar Rasul 1433 Hijrah::

   
       Bulan Rabi'ul Awwal... Bulan Yang Ramai Orang Ingin Menyambut Hari Lahir Rasulullah SAW... Nabi Tak Perintah Supaya Diamalkan, Begitu Juga Sahabat Baginda Dan Ulama-ulama Salaf... Tetapi Menyambutnya Adalah Perbuatan Yang Mulia, Disukai Syarak...

Namun, Tiada Ertinya Menyambut Hari Lahir Baginda, Jika Sunnahnya Ditinggalkan, Perjuangannya Tidak Disambung, Dan Pengorbanannya Tidak Dihargai..."

(Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang)

.

AMALAN SUNAT MAULID NABI

1.    Puasa sunat
2.    Mandi sunat
3.    Berziarah ke makam Rasulullah SAW.
4.    Mengerjakan amalan-amalan mulia.
5.    Memperdengar dan menghayati sirah Rasulullah SAW.
6.    Memperbanyakkan tasbih, tahmid dan selawat.
7.   Mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan acara-acara seperti:
  • Perarakan sambil berselawat dan menghayati perjuangan Rasulullah SAW
  • Syarahan sirah Nabi
  • Forum agama dan perpaduan
  • Marhaban
  • Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaa
##selamat beramal semua

::ujian::

Kerana aku di sapa ujian. Aku belajar mengenal kehidupan. Bahawasanya hidup bukan sahaja berteman suka dan bahagia. Tetapi di corak hampa dan air mata.  aku mengenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menerus menagih hiba.

Ketika kehendakku tidak bisa di genggam. Aku belajar menjadi insan matang. Mensyukuri segala yang ditakdirkan. Bukan merungut mencipta sesalan. Kerana aku tahu bahawa segalanya tidak semudah apa yang ada dibayanganku. Dunia hanya persinggahan yang sering menagih pengorbanan.

aKu sedari aku bukanlah sempurna. Aku belajar menjadi diri aku apa adanya. Tidakku cemburu menatap kelebihannya dia. Kerana ku yakini bahawa. Allah itu menjadikan kita tidak sama. Dan kita sememangnya memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak serupa.

Kegagalan semalam telah menghancurkan impian. Namun kerana kegagalan itulah aku mengikat suatu kesimpulan. Bahawa tidak semua yang kita kehendakkan, akan berjaya berada di tangan. Kegagalan itulah yang menjadi guru memberi pengajaran.

Menyedarkan aku bahawa walaupun kita merancang, Jangan pernah lupa bahawa Allah juga merancang. Dan perancangan Allah sememangnya jauh lebih hebat dan penuh hikmah kebaikan di setiap kejadian.

::manusia mudah lupa::



      Bukan mudah sehalus kudrat jiwa yang lemah menongkah arus kehidupan yang dihuni pelbagai dugaan. Tambahan lagi, di zaman yang kian mencabar minda dan fikiran. Manusia bergerak, berinteraksi dan mencari peribadi sendiri diselimuti oleh kesibukan harian. Manusia bertanding siapa kalah siapa menang mengumpul seberapa banyak timbunan harta yang menjadi impian. Sehinggakan kita lupa tanggungjawab yang terpikul di bahu kita sebelum kita di hantar ke dunia pinjaman. itu lah manusia, mudah lupa, alpa, ego, lupa siapa sang pencipta, bangga dengan harta, buta semata-mata...

"  Usah sombong mendabik dada pada nikmat Allah, jangan nanti papa barulah mula menadah tangan meminta sedekah.  Kerana Dia berhak memberi dan mengambilnya kembali."



Thursday, February 2, 2012

::jatuh::

Memang, rasa lemah atau down itu kadangkala menyapa diri.

Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur. Kadangkala, cukup satu ujian yang menerpa. Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.

Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, alhamdulillah.

Namun, kadang-kadang kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan merenggut segala daya dan upaya kita. Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada. Lalu, masihkah ada sinar harapan buat kita bangkit kembali? Bagaimana kita menghadapinya?

*memohon petunjuk dari-MU YA ALLAH.

Wednesday, February 1, 2012

::benci dan suka;;

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Tuesday, January 24, 2012

^-^ = )



"SENYUM" ringan tak bersuara tapi, penuh makna.
"SENYUM" murah tapi, tak ternilai dengan ringgit.
"SENYUM" tak perlu tenaga tapi, besar motivasinya.
"SENYUM" hal yang mudah tapi, selalu nampak indah.
"SENYUM" 1 perkara yang biasa tapi, boleh menjadi istimewa.
"SENYUM" ibadah yang paling mudah tetapi, berpahala setara dengan sedekah.

 
##Penuhilah hari2 kita dgn senyuman manis agar semua org ikut tersenyum kerana kita!


Kisah benar: Akibat dedah AURAT di facebook.......

kisah ini mengenai seorang hamba Allah. Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook... dalam facebook nya mempunyai banyak koleksi gambar yg tidak menutup aurat...

selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya delete gambar2nya yg tidak menutup auratnya di facebook... malangnya tiada siapa yang mengetahui password facebooknya...

jadi, kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum....dan ingatlah, azab untuk kita yg sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah API NERAKA!

*Cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita, supaya usahlah letak gambar di facebook, terutama sekali gambar kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna.... kita tak tahu bila kita akan mati... jadi, tolonglah kalau anda sayangkan diri anda, deletelah gambar yang tidak sepatutnya....

##Akhir kalam, moga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi...ameen...al-fatihah!

Friday, January 20, 2012

::mampukah aku?::


^-^ menrealisasikan pada diri 10 sifat individu muslim yang telah digariskan oleh Imam asy-Syahid Hasan al-Banna rahimahullah. Jadikan ia manhaj yang praktikal untuk sedaya upaya yang mampu.

10 sifat:

*jasad yang kuat,
*akhlak yang mantap,
*fikiran yang bermaklumat,
*mampu bekerja,
*aqidah yang sejahtera,
*ibadah yang sahih,
*bermujahadah melawan nafsu,
*sangat menjaga waktu,
*urusannya tersusun,
*berguna untuk orang lain.

Sifat-sifat inilah yang menjadi tonggak pembentukan sahsiah mutakamilah yang mampu memikul beban dalam perjalanan membina umat yang maju, cemerlang dan gemilang. adakah diri ini mampu? INSYALLAH, sama2 berubah dari yang tidak baik ke arah kebaikan.

Monday, January 16, 2012

::menegur dan ditegur::

sekadar perkongsian 
                 moga diri ini lebih berhati-hati dlm menuturkan setiap kata-kata dan berlapang dada sentiasa!

Buat yang menegur,
tidak salah menutur bicara,
untuk membetulkan apa yang tak kena,
tapi jangan pernah kau lupa,
yang ditegur itu juga manusia,
punya perasaan punya rasa,
berhemahlah dan lembutlah dalam menyusun kata,
agar apa yang dikata mudah diterima,
juga supaya tiada yang terasa,
lalu menjeruk rasa bermasam muka,
mungkin juga hingga menitis airmata,
kerana pedih dan bisanya kata-kata yang menusuk jiwa.

Buat yang ditegur,
memang tak mudah nak berlapang dada,
bila ada yang memberi teguran secara tiba-tiba,
terasa sesak di jiwa,
terasa ego menyala-nyala,
terasa goyah dari zon selesa,
terasa bergoyang iman di dada,
tapi jangan pernah kau lupa,
yang kau juga manusia biasa,
yang tak mungkin bebas dari berbuat dosa,
jadi harusnya kau gembira,
bila ada yang berani menegur kau didunia,
kerna peluang seperti itu tiada di akhirat sana,
jadi bukalah minda seluas-luasnya,
ukirlah senyuman dimuka,
bila ade secicip teguran yang menerpa,
kerna itu juga menjadi tanda,
diri kau masih ada yang cinta,
dan jalan untuk kau sudah dibuka,
untuk menyusur jalan yang lurus kepada-Nya.
Biiznillah.Allahu a’lam.



"serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik . . . . . . . " [an-nahl:125]


~masih dalam proses pembelajaran~

sedang mencari identiti diri

diri ini belum cukup sempurna lg

wallahua'lam

Friday, January 13, 2012

::penderhaka ::

Wahai Khawarij
Anjing-Anjing Neraka
Si penderhaka pada pemimpin Islam
Bertaubatlah kalian pada Allah
Jangan terlalu ikutkan nafsu
Api kemarahan, dendam dan benci sesama Islam

Wahai Khawarij
Anjing-Anjing Neraka
Mengapa kalian tidak mahu menggunakan akal?
Mengapa kalian terlampau taksub pada perjuangan pemimpin bersikap duniawi?
Sedangkan Allah sudah berikan panduan Al Quran dan Hadis sebagai sandaran
Nabi muhamad saw sudah berpesan banyakkan kesabaran dari api kemarahan

Wahai Khawarij
Anjing-Anjing Neraka
Ingatlah tidak ada jaminan syurga pada mereka yang derhaka pada Sultan!
Hentikan menyalak!!!!
Hentikan memaki hamun!!!
Hentikan berjalan dengan kesombongan!!!
Ingatlah kalian berpijak di bumi ALLAH
Rendahkan suara kalian
Rendahkan diri kalian
Turunkan senjata kalian

Wahai Khawarij
Anjing-Anjing Neraka
Jangan sesekali derkaha pada Sultan
Ingatlah Sultan itu adalah keturunan nabi muhamad ahlul bait yang dihormati
Pesanan dan amaran sudah diberikan
Jangan sesekali timbulkan kekacauan
Jangan sesekali mengapi-apikan kemarahan, benci dan hasad dengki

Wahai Khawarij
Anjing-Anjing Neraka
Tahukah kamu siapa musuh kamu yang sebenar?
Iluminati, Dajjal dan kafir harbi
Habis negara-negara Islam yang telah dimusnahkan
Sudah berapa ramai orang-orang Islam yang terbunuh di sana sini
Mengapa kalian tidak mahu perhatikan?
Mengapa kalian masih lagi berdegil ikutkan telunjuk si kafir harbi
--------------------------------------- dan Freemason
Adakah mereka ini dapat memberikan anda syurga?

Wahai Khawarij
Anjing-Anjing Neraka
Bertaubatlah, Beristiqfarlah, Insafilah
Jangan terlalu ego pada Allah
Jangan terlalu bodoh diperkudakan
Jangan jadi lembu yang mudah dicucuk
Kembalilah pada Al Quran dan Hadis

 

Thursday, January 12, 2012

::MENTARI PAGI::

at tasik bukit ekspo upm

Bagaikan menunggu cahaya cinta_
Yang tak mungkin hadir tuk diriku_
Disaat kaki mulai lemah tuk melangkah_
Tuk mengejar angan dan bayangmu_
Tak munghkin ku dapat semua itu darimu_
Wahai MENTARI PAGI_

##perghhhh!!! mcm awie dalam filem sembilu, jiwang siotttttt! (dipetik khas dari kata-kata shaheizy sam, dlam aku bukan tomboy) huahuahauahauahauahau ^-^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...