Friday, February 3, 2012

::ujian::

Kerana aku di sapa ujian. Aku belajar mengenal kehidupan. Bahawasanya hidup bukan sahaja berteman suka dan bahagia. Tetapi di corak hampa dan air mata.  aku mengenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menerus menagih hiba.

Ketika kehendakku tidak bisa di genggam. Aku belajar menjadi insan matang. Mensyukuri segala yang ditakdirkan. Bukan merungut mencipta sesalan. Kerana aku tahu bahawa segalanya tidak semudah apa yang ada dibayanganku. Dunia hanya persinggahan yang sering menagih pengorbanan.

aKu sedari aku bukanlah sempurna. Aku belajar menjadi diri aku apa adanya. Tidakku cemburu menatap kelebihannya dia. Kerana ku yakini bahawa. Allah itu menjadikan kita tidak sama. Dan kita sememangnya memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak serupa.

Kegagalan semalam telah menghancurkan impian. Namun kerana kegagalan itulah aku mengikat suatu kesimpulan. Bahawa tidak semua yang kita kehendakkan, akan berjaya berada di tangan. Kegagalan itulah yang menjadi guru memberi pengajaran.

Menyedarkan aku bahawa walaupun kita merancang, Jangan pernah lupa bahawa Allah juga merancang. Dan perancangan Allah sememangnya jauh lebih hebat dan penuh hikmah kebaikan di setiap kejadian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...