Kita mungkin pernah membenci seseorang atau mungkin orang-orang di sekitar kita yang menanamkan rasa benci pada setiap orang yang ada di sekitarnya. Atau mungkin kita sendiri yang mengalami keegoisan atas kebencian pada seseorang. Sehingga kita lupa bahawa kita juga turut melibatkan orang lain dalam dendam kita itu.
Orang yang selalunya dibenci separuh mati biasanya orang yang pernah dekat dengan kita, kebencian itu datang akibat kita merasa dikhianati dan ditikam dari belakang,biasanya ini faktor utama. Cuba persoalkan pada diri kita!
*Apakah nikmatnya kebencian ?
*Apa manfaatnya kebencian untuk kita ?
*Apa untungnya rasa benci yang kita tanamkan?
*Sebenarnya tiada manfaat kebencian selain memanjakan nafsu. Yang ada hanya mengeruhkan ukhuwah dan tentunya merimaskan orang dalam kehidupan sekeliling kita. Sahabat kita yang pada asalnya terbuka berkawan dengan sesiapa saja, akhirnya ikut membenci orang yang kamu benci, padahal dia tak tahu atas dasar apa kebencian kita itu.
”…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (QS. An Nuur, 24:22) ”
1 comment:
benci untuk kepuasan! yerrr. sangat benci sbb dikhianati. Belum masanya nak memaafi.
huh
Post a Comment