Friday, February 3, 2012

::manusia mudah lupa::



      Bukan mudah sehalus kudrat jiwa yang lemah menongkah arus kehidupan yang dihuni pelbagai dugaan. Tambahan lagi, di zaman yang kian mencabar minda dan fikiran. Manusia bergerak, berinteraksi dan mencari peribadi sendiri diselimuti oleh kesibukan harian. Manusia bertanding siapa kalah siapa menang mengumpul seberapa banyak timbunan harta yang menjadi impian. Sehinggakan kita lupa tanggungjawab yang terpikul di bahu kita sebelum kita di hantar ke dunia pinjaman. itu lah manusia, mudah lupa, alpa, ego, lupa siapa sang pencipta, bangga dengan harta, buta semata-mata...

"  Usah sombong mendabik dada pada nikmat Allah, jangan nanti papa barulah mula menadah tangan meminta sedekah.  Kerana Dia berhak memberi dan mengambilnya kembali."



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...