Sunday, January 1, 2012

welcom 2012

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dan senyum sokmo. senyumlah dengan seikhlas hati kerana senyuman itu pasti menenangkan insan lain.

Setiap pertemuan pasti akan berlaku perpisahan. untuk apa kita bertemu jika ditakdirkan untuk berpisah? tak perlu dipersoalkan kerana Allah maha mengetahui. saya yakin bersama sebuah perpisahan itu, berjuta hikmah bersamanya. redha dengan ketentuan Ilahi.

Pada mula kita bersama, saya akui perasaan sangsi sudah wujud dalam hati. walaupun begitu, saya teruskan jua untuk bersama kerana saya tahu, saya perlu tabah bersama awak menempuh pelbagai dugaan. saya berdoa dan berharap semoga kebersamaan kita mampu mencipta kebahagiaan bukan untuk saya seorang, malah untuk insan lain jua. saya mengaku saya masih lemah. saya mengaku saya masih kurang berusaha untuk memartabatkan diri saya sebagai insan yang terbaik.

Semoga perpisahan kita ini tidak menjadikan saya lemah. saya nak jadi lebih kuat. saya nak jadi lebih berusaha, lebih bersemangat dan tidak mudah menyerah kalah. saya tahu saya perlu lebih bersemangat untuk menghadapi segala cabaran yang akan datang.

Kita tidak mungkin akan bertemu lagi. saya tahu itu. namun, perpisahan ini tidak akan memadamkan kenangan kita. saya pasti merindui saat kita bersama. selamat tinggal 2011!! 2012 KINI MENJELMA!!





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...