Thursday, June 30, 2011

::telefon dan kanser::

Daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang memberitahu bahawa telefon bimbit merupakan penyebab kanser. Pakar-pakar membuat rumusan itu berdasarkan penelitian ke atas kajian melibatkan manusia dan kajian epidemiologi yang menunjukkan peningkatan berlakunya glioma iaitu sejenis kanser otak.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mencadangkan supaya menggunakan khidmat pesanan ringkas dan juga alat pendengar kerana ia dapat mengurangkan kepada pendedahan gelombang yang dibebaskan oleh telefon bimbit.

Nampaknya telefon bimbit sendiri sudah tidak selamat dan mampu membunuh seseorang dengan penyakit kanser. Oleh itu pada siapa yang suka bergayut 24 jam di telefon tu, sila gunakan earphone supaya dapat kurangkan risiko terkena kanser.
Nak lagi selamat dan mudah, guna sms je untuk beritahu sesuatu perkara tu.

Yang selalu kita dengar, kalau letak telefon bimbit kat poket tepi, ada risiko nak jadi mandul. Tapi tak mustahil juga untuk mandul kalau gelombang sangat kuat dan merosakkan sel tubuh badan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...