Wednesday, August 3, 2011

Wanita Cantik Selalu Curang


wanita yang curang selalunya dikaitkan dengan yang mempunyai rupa paras, bentuk badan yang cantik dan kulit yang menawan. Aku tidak setuju jika dikatakan wanita cantik sahaja selalu curang, tetapi wanita mempunyai kemungkinan yang besar untuk curang berbanding lelaki, itu aku setuju.Kenapa wanita memilih untuk curang?

Curang tidak berlaku dalam masa sehari atau seminggu perkenalan. Contohnya, untuk curang berlaku, mula-mulanya berlakunya perselisihan faham antara kedua pihak. Sehubungan dengan itu, jika tiada komunikasi yang berkesan, yakni tiada pihak yang nak mengalah atau mengaku kesalahan, jadi perhubungan akan bertambah renggang.

Selalunya bagi wanita, mereka akan mencari seseorang untuk meluahkan perasaan dia, sama ada lelaki atau perempuan. Kenapa wanita memilih untuk curang:

1.) Keputusan sendiri untuk membuat teman lelaki dia cemburu.

2.) Terpengaruh dengan persekitaran, contoh: filem-filem korea, mencontohi kisah cerita cinta kawan sendiri.

3.) Cara terbaik untuk menyelamatkan masa depan sendiri.

4.) Dah ada calon pengganti bagi bekas teman lelaki dia.

5.) Keluarga dah ada calon yang sesuai walaupun tahu anaknya punyai pilihan sendiri, dan terpaksa turuti.

fakta..wanita cntik selalunya akan bkhwin dgn lelaki kaya( walaupun lelaki itu, muka mcm pecah rumah)hahaha

2 comments:

Cik Anita said...

amboi.

bukan main. dah jumpa yang terbaik. go on jelah. bukan begitu?haha

ANA D said...

ada gk wanita cntik yg cntik segalanya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...