Di antara sunat puasa yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah bersahur. Bersabda Nabi saw:
“Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain, Nabi bersabda:
“Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para malaikatNya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
::selamat bersahur semua, jadikan malam2 seterusnya sebagai malam sunat untuk beribadah::
No comments:
Post a Comment