Wednesday, April 3, 2013

::ikhlas::


ikhlas penawar segalanya
hanya hati dapat merasa, bisu tanpa berbicara
hanya ini luahan bicara
semoga berbahagia bila di sana. 

Tuesday, April 2, 2013

::aku::


Pilihan

Iyaaa......
Aku bukan yang terbaik di kalangan yang paling baik
Aku juga bukan yang baik, tapi berusaha menjadi baik
Hanya pilihan, antara mahu atau tidak, semua kehendak

ku akui dalam berusaha ada kelalaian
Tapi bukan menghukum sebagai balasan
Hanya pilihan sebagai sokongan atau cacian

Aku suka pada perubahan tp bukan pada kebencian
Aku Bukan mencari kesempurnaan tapi alang-alang ada biarlah berkekalan
Hanya pilihan mahukan kebencian atau kesempurnaan berkekalan


Aku juga bukan sesiapa ???
Tapi aku ada hak untuk memilih, bukan kerana aku yang terpilih
Mahupun bukan juga insan yang gila memilih
Tapi kita diberi pilihan..
-buka mata dan ?????????????????????-



pemegan pas sementara
beroprasi (7.30 am -7.00) - pm harap maklum!!







Wednesday, March 13, 2013

::kenangan 1-3mac::

Bila pandangan ke bawah memberi berjuta erti, maka sedarilah keindahan ciptaan-NYA dan sujudla kepadaNYA..

all staf bkp-JPP- semuanya ok! 



makan malam y boleh laaa at heritage hotel


heritage hotel-tempat menginap dan juga salah satu tempat misteri
yang mempunyai pelbagai cerita aneh.



                                                            bersama kak saidatul end yang pergi dan balik tiada kesudahan ngn mabuknyer d atas bas (mabuk bas).
                                            
 
 wan nadhirah- sangat lapar katanyer.



1-3 mac kursus fail meja at heritage hotel. satu lg kenangan bersama JPP.
semoga kenangan itu semuanyer manis2, begitu juga dengan pengakhira ^-_-^

Tuesday, February 26, 2013

::mengenali insan::

Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia.
Malah kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujud daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya.
  Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita. Kadangkala kita dapat capai dan genggam tangannya, tetapi belum tentu hati dia, kita dapat selami.
  Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia.
  Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita yang mungkin kita terlupa akan diri kita dibalik cermin tilik kita.
Adakah kehadiran insan-insan itu mampu mengubah kita kearah kebaikan, keselesaan, kesedaran mahupun kehancuran!
          Kadang2 akal pun tak mampu mengenali, Rencah gelora dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan mahupun siapa teman dan siaaapaaa haiwan!! sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya????


Thursday, February 21, 2013

::Peristiwa 5pm 20-2-2013 @ galeria PJH::


5pm 20-2-2013 @ galeria PJH: putrajaya

Satu peristiwa yang sangat menghampakan, apabila gurauan di salah ertikan..
Mengharapkan senyuman dan gelak ketawa, tp btukar dengan satu mimik muka yang tidak menyenangkan, bukan senang utk mengenali manusia rupannya...........................................!
 

 

##Satu kepayahan dalam memahami sikap manusia sekeliling

Wednesday, February 20, 2013

::senyum::

Senyum adalah sesuatu yang mudah tetapi berat untuk diamalkan. Indahnya di dalam Islam, senyum merupakan suatu amal kebajikan kerana melakukannya merupakan suatu ibadah sedekah. so? bsedekah la kita yea =P
kelebihan bersenyum :

1. Senyum menyebabkan kita kelihatan lebih cantik atau handsome! Betul tak? hmmm...susah nak cakap////pemikiran dan pandangan masing2 kan...
2. Senyum mampu mengubah 'mood' kita kepada yang lebih positif dan bertenaga.
3. Senyum mengurang atau menghilangkan tekanan atau stress. Anda pernah cuba?
4. Senyum memantapkan sistem imunisasi badan kita. Maka badan kita akan lebih tahan terhadap penyakit.
5. Senyum menyebabkan anda kelihatan lebih muda! :D

dari itu, Senyum-senyumlah selalu okey! _><_ br="">

Wednesday, February 13, 2013

::ujian::

        Hidup umpama roda, kadangkala kita diatas dan adakalanya kita dibawah. Sudah menjadi intipati dalam menghadapi pelbagai ujian dan dugaan hidup. Namun, setiap manusia sentiasa diuji dengan pelbagai cara dan situasi.
         Ya, kali ini aku diuji lagi, diuji dengan segala  perasan yang tidak enak bila di renungkan, diuji dengan seribu persolalan yang sering bermain difikiran. entah sampai bila, mahupun bagaimana pengakhirannya.
adakah sebuah titik penamat yang mungkin tiada kesudahannya.
      


##memerlukan kekuatan diri untuk menempuhi hari2 yang mendatang#########

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...