Ambilah kebaikan daripada masa dahulu, untuk merubah yang kini dan yang akan membentuk diri pada kemudian hari. Jangan dipinggirkan, ditinggalkan kesemuanya. Kerana, semua itu bernilai meskipun kita sudah ketinggalan.
Bagi yang mema
nfaatkan masa, tahniah. Bagi yang ketinggalan masa, berubahlah. Bagi yang lebih masa, lebihkanlah ibadah. Kerana, kita akan ditanya kelak tentang apa yang kita lakukan. Pertanyaan yang merujuk pada penggunaan masa.
Manfaatkanlah masa. Tidak kira apa jua. Orang yang berjaya, adalah orang yang mampu manfaatkan masanya. Maka terteralah ayat ‘manusia yang baik, adalah manusia yang mampu memanfaatkan orang lain.’ Jadi, jika kita manfaatkan masa, tidak mustahil kita mampu manfaatkan apa – apa yang ada disekeliling kita.
No comments:
Post a Comment