Tuesday, April 3, 2012

::PENGALAMAN HIDUP::

PENGALAMAN HIDUP

Dari pengalaman kita belajar mengenal erti kehidupan...pengalaman adalah sebuah UNIVERSITI kehidupan yang universal dan tiada sempadan.

Setiap apa yang telah kita lalui dalam kehidupan adalah pengalaman..Pengalaman mencipta KENANGAN...dan kenangan seringkali mewujudkan kerinduan.

Merindui kenangan itu tidak salah tetapi merindui kenangan sehingga masa menjadi terbeku dan hati menjadi sendu itu satu kesilapan. Ia hanya merencatkan perjalanan hidup yang harus terus meluncur ke depan kerana masa itu sangat berharga dan hidup terlalu singkat untuk dipersia-siakan.

Kita harus belajar untuk menghilangkan kerinduan pada kenangan dan menjadikan kenangan hanya sebuah INGATAN dan PERINGATAN yang jika manis dan baik dijadikan INGATAN KESYUKURAN manakala jika pahit dan mengundang keburukan pada diri sebagai PERINGATAN agar ia tidak berulang untuk kedua kali kesilapan yang telah terjadi.

Itulah HIKMAH pengalaman...aminnn TQ ALLAH swt kerana telah mematangkan diri kita dengan pengalaman..kerana pengalaman ada lah GURU YANG BIJAKSANA!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...